Akan datang...

Semuanya bermula ketika seorang guru sekolah rendah, Cik Grayston digigit oleh labah-labah yang kelihatan luar biasa, dan pada saat itulah dunia mulai berubah…

 

Tidak lama kemudian, susu dihantar ke stesen-stesen petrol dan tanpa disedari, ramai pelanggan menuang susu skim dan susu rendah lemak ke dalam tangki petrol mereka. Televisyen pula tidak dapat disiarkan. Permainan bola sepak berakhir dengan jaringan sebelas gol ke dalam gawang sendiri. Jalan dan kaki lima lengang tanpa sesiapa. Dan apa pula yang sedang berlaku kepada Cik Grayston yang amat teratur dan terancang itu ya? Beliau tiba lewat ke sekolah selepas menerima empat saman trafik, melanggar set televisyen di dalam bilik darjah dan mengoles pen marker merah ke bibirnya, bukannya gincu. Sementara itu, orang ramai yang kebiasaannya kelam kabut di sana sini, tiba-tiba menjadi teratur dan cekap.

Versi Bahasa Melayu

Oleh Paul F. Laszlo dan Ilustrasi oleh Annisa Yuwanda

  

Disusun Oleh Nur Intan 

Apakah yang sedang berlaku? Ben bersertakan rakan-rakannya, Leela, murid baru yang cantik molek itu dan sahabat baiknya Martin, dengan sedikit bantuan daripada ayah Ben, Pakcik Tony, mereka bersedia untuk menyiasat dan berusaha demi menyelamatkan dunia, walaupun terdapat kekalutan dalam sepanjang pengembaraan mereka.

Akan datang...

Colour and Rhyme It’s Phonics Time Versi Bahasa Melayu adalah sebuah karya menarik yang menggabungkan pantun dan ilustrasi gambar untuk membantu kanak-kanak pelajari fonik serta membantu perkembangan mereka untuk membaca dengan mahir dan fasih. Fakta-fakta menarik dikaitkan dengan pantun berirama, seiring dengan pelbagai idea untuk aktiviti serta nota-nota ilmu untuk ibu bapa dan para pendidik. Buku ini padat dengan ilustrasi aneh yang lucu dan pantun irama, ia sememangnya sebuah karya yang bakal merangsang dan mendorong minda kanak-kanak.

 

 

Oleh Paul F. Laszlo dan Ilustrasi oleh Magdalena Chuchro

  

Disusun Oleh Nur Intan dengan Paul F. Laszlo